Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Pengenalan Bahasa Slanga

(Karimatunnisak Bt Mat Yacob, 203849)

Bahasa slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai :

kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi.

Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, berubah-ubah dan secara umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.