Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Kesan-kesan Bahasa Slanga

(Liew Hwi Hwi, 206994)

1. Menjejaskan kedaulatan bahasa
Pengunaan bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa.

2. Wujud istilah baru
Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan.

3.Lenyap bahasa Melayu yang gratis
Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit.