Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Pengenalan Bahasa Pasar


(Mohd Abu Sa’id Abdul Razak, 203845)

Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu.

Menurut kamus dewan edisi keempat:

Bahasa Pasar:

a) Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul;

b) Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan)

Contoh-contoh Bahasa Pasar

(Nor Izzaty Binti Mohd Saleh, 195670)

Contoh bahasa pasar:

“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.”

(Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)


Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar.

Contoh lain bahasa pasar:

· Itu budak sudah curi saya punya dua ayam

· Sana punya olang ada baik

· Kita olang ada satu paying

· Pandai punya orang

· Dia punya rumah

· Jahat punya budak

· Dia punya bini

· Ini punya buku manyak mahal

Punca Wujudnya Bahasa Pasar

(Neoh Yen Theng, 203818)

1. Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.

3. Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar.

4. Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hannya digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Ini sekaligus menyebabkan cebisan peluang dalam mempraktikkan bahasa Melayu yang sebenar makin sukar.

Kesan-kesan Penggunaan Bahasa Pasar

(Muhammad Akmal Mohd Nazri, 203949)

1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas

Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir – anasir dari luar. Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti yang di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.

2. Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara

Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai.

Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain.

3. Pengaruh persekitaran

Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. Sebagai contoh, pengaruh daripada rancangan televisyen,penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem sedikit sebanyak menjadi ikutan.