Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Kesan-kesan Penggunaan Bahasa Pasar

(Muhammad Akmal Mohd Nazri, 203949)

1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas

Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir – anasir dari luar. Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti yang di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.

2. Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara

Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai.

Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu, akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain.

3. Pengaruh persekitaran

Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh persekitaran kita. Sebagai contoh, pengaruh daripada rancangan televisyen,penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama dan filem sedikit sebanyak menjadi ikutan.