Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Isu Bahasa Slanga


(Nur Nabilla Afnie bt Bahrom, 203616)

Stesen TV dan bahasa Melayu

''APA pendiriannya stesen TV di Malaysia terhadap bahasa Melayu,'' tanya seorang kawan lama, Prof. Dr. Koh Young Hun semasa dia singgah ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dr. Koh adalah Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Hankuk, Korea.

''Saya kecewa apabila TV tidak digunakan bagi membolehkan rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baik,'' kata Dr. Koh yang sepuluh tahun lalu pernah menjadi penuntut Universiti Malaya.

Pertanyaan seorang warga luar yang mengharapkan bahasa Melayu diangkat ke martabat selayaknya menerusi TV negara ini sebenarnya telah lama dibangkitkan sebelum ini.

Sebahagian daripada artikel di atas menunjukkan bahawa televisyen memainkan peranan penting dalam memperbetul kaedah penggunaan bahasa Melayu. Banyak program hiburan seolah-olah membawa penonton ke kaki lima dengan bahasa slanga makyah dan rockers yang keterlaluan. Apabila drama TV tempatan tidak boleh dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa, siapa lagi yang hendak diharapkan? TV mempunyai pengaruh yang cukup luas terhadap masyarakat. Oleh itu, kerajaan harus memantau kerosakan bahasa yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.